PEMERIKSAAN SELEPAS BERSALIN

Tempoh berpantang selepas bersalin boleh menjadi sesuatu yang sangat mencabar fizikal dan emosi ibu selepas melahirkan anak. Antaranya ialah keletihan melampau akibat kurang tidur, perubahan hormon yang menyebabkan kemurungan atau “baby blues,” dan masalah penyusuan seperti bengkak payudara atau puting luka. Selain itu, ibu mungkin menghadapi kesukaran menguruskan penjagaan bayi, terutamanya jika kurang sokongan keluarga. Luka bersalin sama ada melalui pembedahan atau bersalin normal juga memerlukan masa untuk sembuh dan ini boleh menambah tekanan. Oleh itu, sokongan emosi dan fizikal dari pasangan serta keluarga amat penting sepanjang tempoh ini.

Ciri-Ciri Baby Blues

Merasa emotional dan mudah menangis tanpa alasan yang jelas

Mudah merasa tersinggung atau sensittif

Muncul rasa cemas dan gelisah berlebihan

Menjadi tidak sabar dan mudah marah

Mudah merasa lelah dan konsentrasi buruk

Gejala dapat terjadi selama beberapa minit hingga jam setiap hari. Umumnya berkurang dan hilang dalam waktu 14 hari setelah melahirkan.

Justeru itu, sekiranya para ibu menghadapi masalah seperti di bawah, anda boleh mendapat rawatan di KDS oleh doktor wanita kami.

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Klinik Dr. Suria