Di Klinik Dr Suria, kami menawarkan pelbagai servis rawatan sakit puan seperti yang tersenarai di bawah.
Haid tidak teratur
Pendarahan faraj bukan haid yang tidak normal
Pengesanan ketumbuhan fibroid dan cyst
Masalah kesuburan
Masalah keputihan
Masalah kekeringan vagina
Senggugut
Kesukaran bersama / vaginismus
Gejala pra menopaus
Jangkitan saluran kencing
Masalah payudara
Saringan kanser pangkal rahim / pap smear
HPV & DNA test
Suntikan vaksin HPV
Penyakit kelamin
Kutil di kelamin
Hanya doktor wanita disediakan untuk merawat sakit puan agar perbincangan dan pemeriksaan kesihatan lebih terperinci tanpa segan silu. Kami komited memberikan rawatan yang profesional, dan mesra bagi memastikan setiap pesakit menerima penjagaan terbaik sesuai dengan keperluan individu masing-masing.