Perkhidmatan Intravenous Drip
Klinik Dr Suria juga ada menyediakan perkhidmatan IV drip yang membolehkan pesakit menerima cecair atau ubat, terus ke dalam saluran darah. Ia digunakan untuk merawat dehidrasi, keletihan melampau, keracunan makanan, demam panas atau sebagai terapi tambahan bagi pesakit yang memerlukan rehidrasi segera (contoh: alahan mengandung, gastrik yang melampau).
Prosedur ini dilakukan oleh doktor terlatih dalam persekitaran klinikal yang bersih dan selamat. Rawatan ini biasanya mengambil masa 30–60 minit dan memberikan kesan pemulihan yang lebih cepat berbanding ubat oral.
2024 Klinik Dr.Suria | Hak cipta terpelihara