SARINGAN KESIHATAN LELAKI DAN WANITA

Saringan kesihatan bermaksud membuat pemeriksaan kesihatan walaupun tiada gejala sedang dialami oleh sesesorang. Lazimnya saringan kesihatan banyak melibatkan pengesanan penyakit yang berkaitan dengan cara hidup dan pemakanan seharian seperti kencing manis, kolesterol tinggi, darah tinggi dan status kesihatan organ penting seperti hati dan buah pinggang. Saringan penyakit kanser juga ada disediakan. Sebelum menjalankan pemeriksaan kesihatan, anda sebaiknya berpuasa minimum 8 jam sebelum sampel darah dan urin anda diambil. Anda hanya dibenarkan minum air putih semasa berpuasa.

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Klinik Dr. Suria