PROGRAM CETUSAN SUSU IBU ANGKAT

Apa itu cetusan penyusuan? Ia adalah usaha untuk menghasilkan atau meningkatkan pengeluaran susu badan dengan bantuan ubat-ubatan, rangsangan hormon dan latihan penyusuan tertentu untuk wanita yang tidak melahirkan atau hamil. Biasanya dilakukan oleh ibu angkat untuk menyusui anak angkat yg kebanyakannya bertujuan untuk memahramkan anak angkat. Ia juga dilakukan sebagai memenuhi fitrah kasih sayang seorang ibu kepada anak angkatnya.

5 TIps untuk memudahkan penghasilan susu badan

Mulakan Secepat Mungkin – sebaiknya 3 bulan sebelum bayi lahir dan ada ambil ubat tertentu untuk rangsangan hormon.

Pam Susu – wujudkan jadual pam susu secara berkala untuk merangsang pengeluaran susu, walaupun jumlahnya mungkin terhad awalnya. Pam susu dapat membantu meningkatkan pengeluaran susu secara perlahan.

Dapatkan sokongan emosi dari orang terdekat seperti keluarga atau sertai kumpulan sokongan penyusuan susu ibu yang boleh membantu mengatasi cabaran dan memberikan sokongan positif.

Tingkatkan kekerapan penyusuan kerana lagi kerap menyusu, lebih banyak rangsangan pada payudara, maka lebih banyak susu dapat dihasilkan. Penyusuan yg konsisten dapat menghasilkan susu mengikut keperluan bayi.

Dapatkan Konsultasi dengan doktor sekiranya mengalami kesulitan, jangan ragu untuk berbincang dengan pakar penasihat laktasi atau doktor yang berpengalaman dalam penyusuan.

Peratus keberjayaan cetusan laktasi berbeza bergantung pada beberapa faktor, termasuk kaedah yang digunakan, masa persediaan, dan kesediaan tubuh ibu. Secara umum, kebanyakan wanita yang berusaha mencetuskan laktasi mampu menghasilkan susu, tetapi jumlahnya mungkin berbeza. Ada yang berjaya menghasilkan susu sepenuhnya, manakala yang lain mungkin memerlukan tambahan susu formula.

Kajian menunjukkan bahawa keberjayaan induksi laktasi boleh mencapai sekitar 70-80% jika disertai dengan rangsangan yang kerap, penggunaan ubat, dan sokongan yang tepat. Namun, menghasilkan jumlah susu yang mencukupi untuk memenuhi keperluan bayi secara eksklusif mungkin memerlukan masa dan kesabaran lebih lama.

2024 Klinik Dr.Suria    |    Hak cipta terpelihara