PERANCANG KELUARGA (KONTRASEPTIF)
Perancang keluarga bermaksud kaedah untuk mengelakkan terjadinya kehamilan dengan bertujuan untuk menjarakkan kehamilan. Ia boleh digunakan oleh pasangan untuk merancang bilangan anak dan mengelakkan kehamilan yang tidak dirancang.
Terdapat pelbagai cara kaedah perancang keluarga seperti pil perancang, kondom, suntikan hormon, alat dalam rahim (IUD), atau kaedah semula jadi seperti pengiraan hari subur. Setiap kaedah adalah berbeza mengikut keperluan individu. Selain pemasangan IUCD, Implanon dan suntikan Depo, Klinik Dr Suria ada menyediakan servis khidmat nasihat mengenai kaedah mana yang sesuai dengan keperluan anda.
Perancang keluarga bukan sahaja bertujuan untuk mengelakkan kehamilan, tetapi juga memainkan peranan penting dalam kesihatan reproduktif wanita. Ia membantu mengurangkan risiko kehamilan berisiko tinggi, yang mungkin membahayakan nyawa ibu dan bayi. Selain itu, ia memberikan peluang kepada wanita untuk merancang kehidupan peribadi dan kerjaya mereka dengan lebih baik.
Di samping itu, perancang keluarga juga membantu dalam mengurangkan tekanan kewangan dan memberikan kesejahteraan kepada keluarga, kerana setiap anak dapat diberikan perhatian dan penjagaan yang lebih baik.
2024 Klinik Dr.Suria | Hak cipta terpelihara