Klinik juga ada menyediakan perkhidmatan pembedahan bagi kes-kes tertentu seperti berkhatan, bisul, lipoma, kutil, epidermoid cyst dan lain-lain yang sesuai. Pembedahan dilakukan dengan menggunakan bius setempat pada kulit dan kos rawatan adalah jauh lebih rendah dari hospital swasta.

Untuk melakukan pembedahan kecil, anda harus menghubungi kami atau menempah temujanji melalui pautan yang kami sediakan. Saringan pemeriksaan perlu dilakukan oleh doktor sebelum pembedahan dilakukan.

2024 Klinik Dr.Suria    |    Hak cipta terpelihara