Servis dressing atau cuci luka merupakan antara perkhidmatan yang ditawarkan di klinik Dr Suria. Ia merangkumi pembersihan, rawatan dan pembalutan luka bagi memastikan penyembuhan yang optimum serta mencegah jangkitan. Antara jenis luka yang biasa dirawat termasuk luka pembedahan, luka akibat kemalangan, luka kencing manis (diabetic foot ulcer), luka bernanah, atau luka kecil harian.
Proses cuci luka dilakukan secara aseptik oleh doktor dan staff terlatih, menggunakan bahan antiseptik dan pembalut yang sesuai. Pesakit juga akan diberi nasihat penjagaan luka di rumah dan dipantau dari semasa ke semasa untuk memastikan pemulihan berjalan lancar.