ECG (ELECTROCARDIOGRAM)
Perkhidmatan ECG (electrocardiogram) di Klinik Dr Suria ada disediakan untuk merekod aktiviti elektrik jantung bagi mengesan sebarang kelainan seperti irama jantung tidak normal, serangan jantung atau masalah struktur jantung. Prosedur ini cepat, tidak menyakitkan, dan dilakukan dengan meletakkan elektrod pada dada, lengan dan kaki pesakit. ECG amat berguna untuk pesakit yang mengalami simptom seperti sakit dada, sesak nafas, berdebar atau pengsan.
Ia membantu doktor membuat diagnosis awal dan menentukan sama ada pesakit memerlukan rawatan segera atau rujukan ke hospital. Pemeriksaan ini juga penting dalam pemantauan kesihatan jantung secara berkala, terutama bagi pesakit berisiko tinggi. Ia juga salah satu prosedur saringan kesihatan jantung.
2024 Klinik Dr.Suria | Hak cipta terpelihara