Klinik Dr Suria antara klinik terawal di Johor Bahru yang menyediakan perkhidmatan pemeriksaan ibu hamil dan dilengkapi oleh mesin ultrasound yang mempunyai probe linear, convex dan vagina.
Antara servis disediakan:
pengesahan kehamilan
pengesanan kehamilan ektopik
masalah keguguran
perkhidmatan buku pink kehamilan untuk ibu yang berisiko rendah
mengendali masalah mabuk kehamilan (hyperemesis)
Pemeriksaan ibu hamil yang dilakukan adalah secara berkala, menggunakan panduan SOP seperti di klinik kesihatan kerajaan.
Tujuan pemeriksaan ini adalah untuk memantau kesihatan ibu dan perkembangan janin, mengesan sebarang komplikasi yang mungkin timbul semasa kehamilan serta memberikan panduan dan nasihat mengenai penjagaan kesihatan semasa hamil.
Pemeriksaan ini biasanya melibatkan ujian darah, ultrasound, pemeriksaan tekanan darah, dan pemantauan berat badan, dan lain-lain yang berkaitan.