Bagi pasangan yang sukar hamil, pemeriksaan kesuburan akan dilakukan untuk suami isteri dahulu dan akan mencari punca sukar hamil dan kemudian baru rawatan diberikan. Antara usaha rawatan atau langkah-langkah yang diambil oleh pasangan untuk ikhtiar hamil melibatkan pelbagai pendekatan, seperti perubahan gaya hidup yang lebih sihat, rawatan kesuburan, penggunaan makanan tambahan, bergantung kepada keadaan kesihatan pasangan tersebut.
Bagaimana proses rawatan kesuburan?
Rawatan kesuburan lebih kurang sama tapi pendekatan yang digunakan boleh berlainan berdasarkan keperluan dan situasi pesakit berbeza-beza. Secara amnya, setelah saringan dilakukan oleh doktor, pesakit perlu mengambil ubat subur pada hari ke 2 hingga ke 6, atau hari ke 3 hingga ke 7.
Tujuan ubat subur adalah untuk merangsang pembesaran folikel di dalam ovari supaya ia matang pada size tertentu dan seterusnya menghasilkan benih wanita (ovum). Setelah habis 6 hari ubat subur, pada hari ke 12-15, doktor akan memeriksa kilang ovari dengan menggunakan Transvagina Scan untuk memastikan kehadiran folikel yang sudah matang. Sekiranya ada, suntikan pecahkan folikel untuk pembebasan benih wanita akan dilakukan.
Setelah itu, suami isteri disarankan ukt bersama selama selang sehari bermula dari hari yang ada folikel matang selama seminggu. Seminggu terakhir sebelum tarikh jangkaan haid seterusnya, ujian darah hormon akan dilakukan untuk lihat keberkesanan tindakan ubat subur. Sekiranya ada lewat haid, anda dinasihatkan untuk buat ujian urin kehamilan. Jika positif, perlu berjumpa doktor untuk pemeriksaan selanjutnya.